Laluan Anda Sekarang : Home
    Saturday, 04 July 2009
Main Menu
Home
Berita SKSU
Mengenai SKSU
Takwim SKSU
Sudut Karya
Pautan
Hubungi Kami
Buku Tamu
Galeri Gambar
Chat
Forum
Administrator
Login Email SKSU
Foto Album 2008
Guru Besar SKSU

PN ROHANI SHAMSUDIN

PN ROHANI SHAMSUDIN

Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Sections
Ruangan Chat
Gambar Rawak

Bilik Guru Bersar
Who's Online
We have 1 guest and 1 member online
Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Senai Utama
pegawai kaunselor
Written by ahmadbani   
Friday, 26 June 2009

dapatkan khidmat kauseling daripada kaunselor yang berpengalaman di sekolah senai utama. jika anak anda menghadapi sebarang masalah dalam bidang pendidikan sila dapatkan khidmat nasihat dari pegawai kaunselor dan berhubung dengan En. Shahrizal khalid diwaktu persekolahan bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tgh

Read more...
konvokesyen 2008
Written by ahmadbani   
Wednesday, 03 December 2008

Konvokesyen tahun 6 dan majlis anugerah cemerlang telah diadakan pada pada 8 nov 2008

 

Last Updated ( Friday, 05 December 2008 )
Amalan terbaik untuk keselamatan PC
Written by ahmadbani   
Thursday, 13 November 2008

Amalan terbaik untuk keselamatan PC

Jika bersandarkan risiko yang dijelaskan tadi, maka langkah keselamatan berikut masih relevan diamalkan.

* Pasang penampal Setiap kali sistem operasi (OS) terbaru (seperti Windows) dikeluarkan, ini tidak bermakna ia sempurna atau kebal seratus peratus. Lazimnya masih ada kelemahan atau pepijat ditemui selepas OS tersebut dilancarkan. Apabila kelemahan itu dipulihkan, pembuatnya akan mengeluarkan penampal (patch) untuk mengemaskini OS berkenaan. Tanpa penampal ini OS mungkin terdedah kepada aktiviti penggodaman dan ancaman lain.

* Gunakan firewall Perisian atau peranti firewall berfungsi untuk mengawal akses keluar dan masuk PC menerusi internet. Ia boleh menyekat akses tertentu dan mengizinkan data yang baik sahaja melepasinya. Penggunaannya sangat disarankan setiap kali anda menggunakan internet, lebih-lebih lagi jika menggunakan versi Windows yang tidak ditampal/dilindungi. Ia boleh dijangkiti virus dalam tempoh yang singkat apabila mengakses internet.

* Gunakan antivirus Peranan antivirus masih penting untuk melindungi sistem daripada jangkitan virus yang senang merebak melalui internet dan e-mel. Sekurang-kurangnya gunakan antivirus yang menawarkan ciri asas termasuklah yang boleh dimiliki secara percuma. Selepas pemasangan, pastikan ia dikonfigurasi manakala ketetapannya diperiksa selalu. Buat pengimbasan menyeluruh dan ia perlu dikemaskini setidak-tidaknya sekali seminggu.

* Pasang anti-spyware Bagi menangani spyware, adware, dan program jahat lain (malware) anda boleh menggunakan mana-mana pakej antispyware yang efektif. Anda juga boleh menggunakan gabungan beberapa perisian percuma untuk melindungi sistem. Spybot Search & Destroy dan MWAV contohnya mudah digunakan dan memiliki ciri ciri menarik. Microsoft AntiSpyware yang disediakan untuk melengkapi Windows juga boleh digunakan.

* Kenalpasti penipuan Tipu muslihat boleh memperdayakan seseorang supaya menyerahkan data sulit seperti kata laluan atau data bernilai yang patut dijaga. Muslihat seperti ini pernah berlaku dan kerap dikaitkan dengan penyangak siber. Bagi menangani ancaman ini anda diingatkan supaya tidak menyerahkan data sulit apabila diminta, samada melalui e-mel atau telefon. Alasannya sangat jelas - mereka tidak dikenali dan mahu memperdayakan anda!

* Kata laluan kukuh Anda disarankan supaya melindungi sistem dengan kata laluan yang selamat. Gunakan sekurang-kurangnya 8 aksara supaya sukar dipecahkan program pemecah kata laluan. Penggunaan perkataan dalam kamus tidak digalakkan kerana senang dipecahkan. Kalau boleh, gantikan huruf dengan nombor atau simbol, seperti a menjadi @. Anda juga boleh menggunakan frasa tertentu yang disingkatkan untuk dijadikan kata laluan.

* Teknologi enkripsi Satu lagi langkah keselamatan ialah penggunaan teknik enkripsi. Perlu diingat, sesetengah kata laluan yang digunakan bagi melindungi aplikasi hanya disorok dan tidak dienkripsi. Ada kemungkinan ia boleh ditemui menggunakan aplikasi tertentu. Jadi, anda disyorkan menggunakan perisian seperti TrueCrypt atau perisian lebih baik untuk mencipta pemacu maya (dienkripsi) sekali gus melindungi fail rahsia dengan lebih efektif.

* Penyimpanan data Jangan lupa, simpanan (backup) data adalah langkah proaktif sebelum sistem anda terjejas akibat serangan virus. Amalkan rutin penyimpanan yang sistematik untuk memastikan anda sentiasa mempunyai data yang selamat biarpun PC digodam, dicuri atau hilang. Jika simpanan melibatkan data penting, ia boleh dilindungi dengan kata laluan atau dienkripsi. Siapa tahu, simpanan itu mungkin dicuri atau jatuh ke tangan orang lain

Last Updated ( Thursday, 05 February 2009 )
25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya
Written by ahmadbani   
Thursday, 31 July 2008

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. Semoga bermanfaat, Wassalam.

Last Updated ( Thursday, 13 November 2008 )
Papan Kenyataan
TAHNIAH SKSU - Tahniah kepada semua warga pendidik SK. Senai Utama kerana telah berjaya melahirkan seramai 33 orang murid tahun 6 mendapat 5A, 14 orang mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR2008


teknik menjawab upsr - teknik menjawab upsr telah diadakan pada hari rabu 24 jun 2009. semua murid tahun 6 terlibat. teknik menjawab dibahagikan kepada 2 sesi dari jam 8.00 - 10.00 pagi dan 10.40 - 12.40

perkhemahan -

10 Julai 2009 - 12Julai 2009 perkhemahan unit beruniform murid-murid SK. Senai Utama tempat : Kem Keizen Gunung Pulai




Waktu Semasa
Events Calendar
July 2009
M T W T F S S
29301 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
This month
Bancian
Patutkah guru berkongsi tandas dengan murid
  
Adakah Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris berjaya
  
Johorschool.Net

 

Waktu Solat

 

Latest News
iklan
an1077.gif
 

Hakcipta terpelihara © 2003 - 2008.
Sekolah Kebangsaan Senai Utama, Jalan Senai Utama,
Taman Senai Utama, 81400, Senai, Johor. Tel: 07-5989322.
Powered by Ethnicnet